Dewan Rakyat hari ini mengenang nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, lapan tahun lalu.<br /><br />Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun sebelum memulakan persidangan mesyuarat kedua penggal kelima Parlimen ke-14 mewakili Anggota Dewan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines itu.